Jgn Copy Boh..

Friday 28 December 2012

SEKADAR RENUNGAN Assalamualaikum dan salam satu Malaysia. Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita nabi Muhammad S.A.W.. semoga kita tidak akan terpisah jauh dari rahmatNya.. ayah... barangkali panggilan ini jarang ku gunakan ketika ayah masih ada.. barangkali juga sukar untuk bermain dibibir berbanding dengan panggilan mak... barangkali langsung tidak ada ru ang dalam hati ini berbanding ibu... ayah... dulu.... bibir ini sukar untuk menutur kata-kata itu lidah ini sukar untuk memanggil kata-kata itu mulut ini bagaikan terkunci.. ibu... insan yang amat aku sayangi walaupun berada jauh dari matanak jumpa setahun sekali belum pasti tapi nama ibu... sentiasa bermain di bibir ini sentiasa melintas di fikiran ini sentiasa girang dijiwa ini ibu.... insan yang cukup ku kagumi dengan ketabahannya insan yang cukup ku hormat dengan kekuatannya insan yang cukup ku bangga dengan semangatnya.. kerana bagiku... ibulah segala-galanya... kini.... setelah ayah dan ibu tiada... baru ku sedar... tiada bezanya kasih mereka berdua.... tiada kurangnya kasih mereka berdua tapi kenapa aku tergamak membahagikan kasih itu kenapa aku tergamak menduakan kasih itu... rasa sesalan dalam hati sudah tidak berguna lagi.. kepada yang masih punyai ayah dan ibu....sayangilah mereka selagi mereka masih ada..ayah mungkin tegas kerana itulah karakternya sebagai seorang ayah....dan ibu memang lemah lembut kerana dalam perut itulah kita menumpang rahimnya.... tidak kira macam mana mereka melayan kita.... yang penting bagaimana kita melayan mereka... jangan sampai sesalan bermain dijiwa sehinggakan merasakan dunia ini sudah tidak ada lagi ruang kebahagiaan :| "jika hilang sahabat,kita mungkin akan ketemui sahabat yang lain, jika kita kehilangan teman, kita mungkin akan diganti dengan teman yang lain....tapi yang pasti...jika anda kehilangan ayah dan ibu....mereka hanya satu dan kehilangan itu takkan ada gantinya walau beribu tahun lagi...hargailah ketika ruang itu masih ada"

No comments :

Post a Comment